Lanun Somalia yang telah menyerang kapal tentera laut Amerika Syarikat telah dihukum penjara seumur hidup setelah didapati bersalah di mahkamah Amerika Syarikat.
Orang dahulukala kata, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.
Kalau buat jahat, ingat-ingatlah satu hari nanti akan dapat balasan juga. Tidak kiralah sebab apa sekalipun, janganlah kita cuba untuk melakukan jenayah dan kemaksiatan serta membuat kerosakan di muka bumi.
Satu dunia sedia maklum Somalia ialah sebuah negara miskin, kekurangan makanan dan sentiasa berperang dan ganas. Tetapi, berapa banyak bantuan yang disalurkan ke sana pula?
Sebagai sebuah negara bekas naungan islam, keadaan Somalia kini begitu teruk sekali. Apakah punca kepada masalah ini? Kemungkinan besar ialah perpecahan dikalangan rakyatnya. Somalia tidak lagi bersatu selepas British cuba untuk mengkoloni negara benua afrika itu. Selain itu, idea komunisma mula menguasai pemimpin Somalia sekaligus mewujudkan sebuah negara Komunis yang kucar kacir.
Kadar jenayah yang semakin meningkat di Somalia memburukkan lagi keadaan. Pakatan penjenayah semakin kuat dan mungkin sekali didalangi oleh pihak tertentu yang memberikan bantuan dari segi wang dan senjata. Sehingga hari ini, Somalia tidak mempunyai sebarang kerajaan pusat dan berpecah belah.
Ambillah iktibar dari apa yang terjadi di Somalia. Jangan kita melakukan jenayah hanya kerana kesempitan hidup. Kita juga hendaklah sentiasa berkerjasama mencari penyelesaian bukannya berterus-terusan bersengketa.
Semoga keamanan dan kemakmuran di Malaysia akan berkekalan
No comments:
Post a Comment