Sunday, March 13, 2011

Fenomena Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR)


Best! Seronok! Kelakar! Lawak!

-antara perkataan yang dapat menggambarkan HKLBR. HKLBR telah mencatat kutipan RM5.2 juta mengatasi Papadom.


Kutipan yang tinggi ialah kisah basi HKLBR. Tapi, hari ini, rata-rata rakyat Malaysia sudah terpengaruh dengan dialog-dialog dari HKLBR seperti

"kita bakor! kita bakor"

"siapa setuju angkat tangan macam saya.."

"ce cite ce cite"

dan tak lupa juga jampi baru iaitu "pelawok pelawok pelawok" serta "ke! ke! ke!"

Rasaksa tengok benda ini ketara sangat dikalangan anak-anak muda dan juga orang tua yang dah tengok cerita HKLBR. Rasaksa tidak tahu sama ada ini satu perkara yang baik atau tidak, tapi ianya telah menjadi modal untuk menceriakan hari anda :D

Jadi, ceria-ceria selalu dan selamat beramal.

No comments:

Post a Comment