Tuesday, March 15, 2011
Facebook: wacana maki hamun dan menghina sesama manusia
Facebook. Suatu fenomena yang telah mengubah cara manusia berkomunikasi sekali lagi. Jika dahulu manusia perlu bersua muka atau menulis surat untuk berkomunikasi tapi hari ini hanya dengan ketikan di atan papan kekunci sudah mampu menyampaikan mesej yang dikehendaki.
Tapi satu perkara yang tak mungkin akan berubah sejak dari ketamadunan manusia bermula, sifat-sifat buruk seperti hasad dengki, mengadu domba dan caci maki. Oleh itu, pelbagai medium telah disalahguna untuk tujuan keji itu dan terbaru sekali melalui wall facebook.
Wall facebook begitu hebat dalam menyampaikan maklumat kerana fungsi feed yang akan menyebar luaskan apa sahaja yang tercatat di wall ke laman home pemilik facebook. Maka, secara tak langsung segala bentuk maki hamun dan caci maki yang dicatat pada wall masing-masing akan sampai kepada pembaca tanpa diminta. dan secara automatiknya ia menjadi satu rangkaian fitnah atau mengumpat terbesar di alam maya!
Kepada pengguna Facebook sekalian, berhati-hatilah dengan teknologi yang kita ada. Walau sehebat mana sekalipun teknologi yang kita ada, tidak akan mampu untuk menghalang kekuasaan Allah. Lihat sahaja Tsunami yang melanda Jepun Jumaat lepas, siapa sangka sebuah negara yang maju, sebuah bandar besar seperti Sendai dan Fukushima musnah dengan teruk dan hampir sahaja melumpuhkan negara Jepun.
Kita beruntung kerana Allah masih memberi peluang untuk mengambil iktibar dan insaf dari segala kesilapan serta kealpaan kita. Semoga peluang yang masih berbaki ini kita gunakan sebaiknya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment