Yeah. Menurut pakar psikologi, membeli belah ialah salah satu bentuk terapi.
tetapi dengan kesan buruk kepada kesihatan KEWANGAN seseorang.
Jika anda seorang yang berpendapatan melebihi keperluan, YES! anda boleh pergi membeli belah. Tetapi jika tidak, anda carilah terapi lain seperti melihat kehijauan alam atau mendengar bunyi-bunyi alam semulajadi sahaja :p
Malam ini saya menghabiskan masa berjalan-jalan di AEON Jusco Shopping Centre Seremban 2. Mula-mula bercadang hendak membeli sepasang dua seluar dan baju, tetapi duit saya telah habis membeli buku!
Oh NO! I spend all my money for books @_@
Perkara yang paling seronok tentang ke kedai buku ialah ianya membuka minda. Susunan buku yang teratur di rak-rak yang banyak cukup menghiburkan. Apabila diteliti satu demi satu tajuk buku tersebut, pelbagai idea timbul dan memberikan inspirasi.
Perkara ini mungkin terjadi hanya kepada saya seorang atau beberapa orang lain [saya tidak tahu], tetapi apa yang saya pasti, buku memang sarat dengan pengetahuan. Amat rugi rasanya jika buku-buku itu hanya dibiarkan untuk dipamer. Jadi, pada masa lain, jika anda ke kedai buku jangan biarkan buku itu hanya terpamir di rak sahaja, ambil, bayar di kaunter dan baca terus! :p
Selain membaca buku, anda juga boleh mendengar "buku". hah? Pelik ke? Adakah ini satu typo? TIDAK SAMA SEKALI! Anda boleh mendengar buku jika anda membeli "Audio Book". Audio Book ialah buku yang telah ditukar medium penyampaian dari bentuk tulisan kepada bentuk bunyi. Pengeluar buku bertanggungjawab mengubah bentuk buku dari tulisan kepada audio dengan menjemput penulis sendiri atau pembaca profesional untuk membaca semula buku mereka dan dirakam. Ini hanya salah satu cara Audio Book terbentuk.
Apakah kelebihan Audio Book berbanding buku biasa? Jawapannya ialah anda tidak perlu lagi membaca, sebaliknya hanya perlu mendengar. Tempat yang paling sesuai untuk mendengar Audio Book ialah didalam kereta jika anda berseorangan atau di tempat yang aman damai supaya anda boleh memberi tumpuan kepada Audio Book itu. Tetapi tidak ada salahnya jika anda memasang Audio Book dimana-mana sahaja anda suka, mungkin didalam rumah, walkman, pejabat, tetapi anda perlu berdepan dengan kesan buruknya pula seperti kurang tumpuan atau memnyebabkan orang lain merasa menyampah :p
Satu lagi bentuk buku yang baru diterokai ialah E-book. Ebook ialah buku yang tidak dicetak diatas kertas sebaliknya dipaparkan dalam bentuk visual diatas skrin atau monitor. Pilihlah untuk membaca ebook pada skrin laptop, monitor, ipad, smartphone, kindle [sejenis alat paparan ebook], atau apa sahaja yang bersesuain dan anda sudah boleh menikmati isi buku anda. Kelebihannya ialah anda tidak perlukan ruang simapanan yang besar dan rak yang kukuh dalam rumah anda untuk menyimpan beribu-ribu nashkah buku, cukup dengan menyimpan dalam storan maya seperti Hard disk, solid state disk, CD atau apa sahaja bentuk storan maya :D
Jika dahulu buku susah untuk dihasilkan, apatah lagi untuk dimiliki, kini dengan teknologi serba baru dan canggih, usahlah kita mensia-siakan peluang untuk menambah ilmu ini. Selamat membaca kepada anda semua!
Bulan Mac ialah bulan membaca :D
[salah, sebenarnya bulan Ogos ialah bulan membaca kebangsaan... haha]
No comments:
Post a Comment