anda tahu ape itu perkongsian P2P? Peer to peer? tak tahu ke? bittorent? torrent? haa... mesti pernah dengar kan?
Kenapa dengan perkongsian P2P?
tidak dapat disangkal lagi perkongsian P2P memudahkan anda untuk mendapatkan fail, software dan aplikasi digital. tetapi, anda perlu tahu, kebanyakkan fail yang dikongsi melalui P2P tidak mendapat kebenaran dari penerbit asal atau pemegang hakcipta. Itu ialah masalah pertama.
Sekarang masalah yang lebih besar perlu diambil kira. Penyebaran virus dan aplikasi pengintip yang menyebabkan kerugian. Apakah bentuk kerugian tersebut? Pertama sekali, jika anda bergantung kepada internet untuk melakukan aktiviti harian anda, anda terdedah kepada kecurian identiti. maklumat diri anda boleh diselewengkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Anda mungkin menjadi mangsa kepada kegiatan jenayah siber tanpa disedari.
Seterusnya ialah kerugian dari segi kewangan. Jika anda menggunakan perkhidmatan perbankan internet, aplikasi pengintip boleh mengenal pasti kata laluan anda dan seterusnya membolehkan penggodam memecah masuk ke akaun bank anda dan mengambil wang anda!
Selain itu, anda semua juga terdedah kepada kebarangkalian kehilangan harta intelek seperti karya seni, hasil kerja, dan idea anda mungkin dicuri oleh penggodam-penggodam yang berniat buruk.
Yang paling teruk sekali ialah apabila hidup anda bergantung kepada komputer peribadi anda tetapi dijangkiti virus yang boleh merosakkan peralatan komputer seperti cakera keras dan papan litar utama anda.
Ketahui risiko yang anda ambil, dan cegah segala kemungkinan buruk yang boleh berlaku. There is no such thing as free. Everything has a cost.
No comments:
Post a Comment